Permainan Pac-Man merupakan salah satu permainan klasik yang popular, dan hampir kebanyakkan gamer pernah memainkannya. Terbaru, Bandai Namco Enterrtainment mempertimbangkan untuk hadir dengan filem aksi-nyata berasaskan permainan Pac-Man.

Ia dilaporkan Bandai Namco sedang berbincang bersama Wayfarer Studios dalam pembangunan filem aksi-nyata ini. Idea untuk filem ini dikatakan dibawakan oleh penerbit sebalik filem Sonic sebelum ini, Chuck Williams.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah filem Pac-Man ini akan diterbitkan, dan bagaimanakah kisah disebaliknya kelak.

Dengan populariti Pac-Man sebagai salah satu permainan popular, semestinya ramai menantikan bilakah filem ini akan diterbitkan.

Sohor Kini