John Boyega adalah seorang pelakon baru yang mencipta nama. Beliau menjadi semakin popular selepas filem Star Wars: The Force Awaken, The Last Jedi dan The Rise of Skywalker. Beliau pernah dikhabarkan untuk berlakon dalam filem MCU seperti Black Panther dan Blade, tetapi itu tidak berlaku.

Baru-baru ini beliau telah menyatakan yang beliau tidak langsung berminat untuk terlibat dengan mana-mana francais filem tidak kira Star Wars atau pun MCU. Menurut beliau, itu bukan visi beliau buat masa ini dan sudah tidak ingin terlibat lagi dengan francais filem.

John memberitahu Men’s Health, yang beliau ingin fokus kepada filem nuansa untuk memberi fokus kepada projek indie yang mempunyai idea lebih segar dan lebih mencabar untuk menjadikan filem seperti itu popular.

Beliau ingin cuba mencabar diri dalam dunia artistik yang berbeza. Akan datang beliau akan muncul dalam filem The Woman King, iaitu filem mengenai pahlawan wanita pada tahun 1800-an.

Sohor Kini