Nichelle Nichols yang terkenal kerana membawakan watak Leftenan Nyota Uhura dalam siri asal Star Trek meninggal dunia pagi ini pada usia 89 tahun. Mendiang dilaporkan meninggal dunia di rumah atas sakit tua dengan pengumuman dilakukan oleh ahli keluarga beliau menerusi media sosial.

Selain membintangi siri asal Star Trek, Nichols juga membintangi enam filem Star Trek yang dihasilkan oleh Paramount. Impak beliau kepada dunia televisyen adalah besar kerana antara pelakon berkulit hitam terawal diberikan watak besar dalam sebuah siri di Amerika Syarikat. Beliau turut dilantik menjadi duta NASA untuk menggalakkan penglibatan golongan wanita minoriti dalam program angkasa lepas.

Sohor Kini