Sony dan Backbone pada minggu ini telah memperkenalkan alat kawalan permainan khusus untuk iPhone, dinnamakan BackBone One. Ia mengambil inspirasi alat kawalan PlayStation, serta menawarkan kemudahan kawalan dalam permainan.

Terbaru, Backbone turut telah menyenaraikan penawaran alat kawalan ini untuk pasaran Malaysia, pada harga RM495. Apa pun, hanya warna hitam sahaja ditawarkan, sementara warna putih yang merupakan edisi rasmi PlayStation perlu melakukan pendaftaran minat.

Pembelian alat kawalan ini juga akan memberikan akses kepada Discord Nitro selama tiga bulan, Game Pass Unlimited selama sebulan, dan Apple Arcade selama sebulan.

Pada halaman tempahan juga, BackBone menyatakan BackBone One untuk Android bakal hadir pada bulan November kelak.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan BackBone One ini pada harga RM495 melalui laman rasmi mereka hari ini.

Sohor Kini