Jika anda membesar dengan siri televisyen Ultraman, GSC Malaysia hari ini telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk filem Shin Ultraman arahan Shinji Higuchi dan Hideaki Anno (Neon Genesis Evangelion, Shin Godzilla).

Olahan semula siri televisyen popular dari Jepun ini oleh Hideaki Anno dilihat telah menerima sambutan yang sangat baik sekali di Jepun apabila ia ditayangkan beberapa bulan lalu, dan kini, pihak GSC mengesahkan bahawa ia akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 6 Oktober ini.

Shin Ultraman dibintangi oleh Takumi Saitoh (Shin Kaminaga), Masami Nagasawa (Hiroko Asami) dan Tsuda Kenjiro (Alien Zarab). Penjualan tiket untuk filem ini akan diumumkan lebih dekat apabila filem ini akan ditayangkan kelak.

Sohor Kini