Sewaktu acara San Diego Comic Con yang berlangsung pada hujung minggu lalu, banyak filem dan siri televisyen baru telah diperlihatkan, dan diantaranya ialah salah satu adaptasi aksi nyata The Sandman yang akan keudara di Netflix tidak lama lagi.

Video acah terbaru The Sandman ini memperlihatkan lebih banyak senario dalam siri televisyen tersebut, disamping watak-watak yang akan diperlihatkan, termasuklah Dream (Tom Sturridge), Death (Kirby Howell-Baptiste), Lucifer (Gwendoline Christie), Johanna Constantine (Jenna ), Matthew The Raven (Patton Oswalt) dan Mervyn Pumpkinhead (Mark Hamill).

The Sandman dilihat hadir dengan salah satu penceritaan yang sangat unik untuk siri novel dan juga komiknya, dimana Sandman, ataupun Dream telah melepaskan dirinya daripada kurungan selama 100 tahun. Melihat kepada bagaimana dunia nyata dan dunia mimpi (The Dreaming) telah berada dalam keadaan huru-hara, dan dia perlu bertindak untuk memastikan kedua-dua dunia ini kembali ke keadaan normal.

Melalui video acah ini, Netflix turut mengesahkan bahawa The Sandman akan disiarkan di platform penstriman tersebut bermula 5 Ogos ini.

Sohor Kini