Marvel di San Diego Comic-con telah mengumumkan yang secara rasmi filem Thunderbolts yang akan ditayangkan pada 26 Julai 2024 yang juga akan menjadi penutup untuk Marvel Cinematic Universe Fasa 5.

Thunderbolts mengikut komik adalah kumpulan watak anti-hero, buat masa ini tidak disahkan lagi watak-watak yang akan terlibat dengan siri ini, tetapi boleh dijangkakan U.S Agent lakonan Wyatt Russell dan Yelena Belova ataupun Black Widow lakonan Florence Pugh akan terlibat.

Sebelum diumumkan secara rasmi, terdapat laporan mengatakan yang ia akan ditulis oleh Eric Pearson iaitu penulis untuk Thor: Ragnarok dan Black Widow, serta diarahkan oleh Jake Schreier.

Sohor Kini