Filem National Treasure yang dilakonkan oleh Nicholas Cage sedia mempunyai peminatnya tersendiri, dimana ia mengikuti kisah mencari harta karun yang tersembunyi, dan merungkai pelbagai tanda dan teka-teki dalam menemuinya.

Kini, Disney turut mengesahkan sebuah siri TV untuknya bakal menyusul dan ditayangkan melalui Disney+.

Siri TV berkenaan memfokuskan kepada watak berbeza, dan bukannya Nicholas Cage. Tetapi, ia akan kekal mengisahkan berkenaan pencarian harta karun. Sama-sama kita nantikan tayangan rasmi National Treasure : Edge of History ini tidak lama lagi.

Sohor Kini