Marvel Studios kini berkongsi mengatakan siri What If…? akan kembali untuk musim kedua pada awal 2023 kelak, melalui perkhidmatan penstriman Disney+.

Bagi yang tidak mengenali akan siri “What If…?”, ia menawarkan perspektif dan plot berbeza untuk siri-siri dan filem popular dibawah MCU. Dengan siri ini, para peminat MCU boleh turut melihat dan menyaksikan apakah yang berlaku secara alternatif sekiranya watak lain yang menjadi adiwira, atau sekiranya terdapat perubahan pada plot.

What If…? musim kedua ini dijangka menyentuh pelbagai watak MCU, termasuk Steve Rogers sebagai Winter Soldier, Mandarin vs Odin, dan Iron Man di Sakaar.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan What If…? musim kedua ini.

Sohor Kini