Bagi para peminat siri One Piece, kini ia disahkan filem terbaru One Piece Film : Red bakal ditayangkan di Malaysia pada bulan September 2022 kelak.

GSC mengatakan tayangan untuk peminat akan diadakan pada 3 dan 4 September 2022, dan tayangan biasa akan ditawarkan bermula 22 September 2022 kelak.

One Piece Film : Red ini dijangka akan berkisar melibatkan Shanks, selain turut memperkenalkan watak baharu, iaitu anak Shanks bernama Uta.

Bagi para peminat One Piece, mungkin boleh tandakan kalendar anda pada bulan September ini untuk menontonnya di pawagam.

Sohor Kini