Anda Kini Boleh Menikmati Audio Spatial Pada Netflix

Siapa sahaja yang tidak suka tonton filem dalam keadaan yang imersif atau menyeluruh? Kalau anda filem di televisyen dengan set teater rumah yang hebat, anda akan puas hati dan mempunyai pengalaman menonton yang sukar untuk dilupakan.

Netflix baru-baru ini ingin memberikan pengguna mereka pengalaman menonton yang lebih hebat, tidak kira apa jua peranti yang digunakan untuk menstrim kandungan. Netflix telah menyertakan ciri audio spatial untuk semua pengguna mereka tidak kira pelan mana yang dilanggan.

Untuk merealisasikan ciri ini, Netflix menggunakan teknologi Sennheiser AMBEO. Ciri ini akan diaktifkan secara automatik mengikut kandungan yang disokong. Ini bermakna pengguna tidak memerlukan televisyen mahal atau speaker mewah.

Audio spatial ini akan bergerak mengikut aksi di skrin berdasarkan filem atau siri TV yang ditonton. Akan tetapi, pengguna yang sudah ada peranti atau set teater dengan sistem audio Dolby ATMOS atau 5.1 pula, audio spatial tidak diaktifkan kerana sistem yang digunakan sekarang adalah lebih baik.

Ciri ini sudah pun diaktifkan, jika anda ingin menikmatinya cari sahaja “spatial audio” pada bar carian di aplikasi Netflix.

Sohor Kini