The Umbrella Academy Hanya Dirancang Untuk Empat Musim

The Umbrella Academy adalah siri TV Netflix Originals yang diadaptasi daripada komik Gerard Way dengan judul yang sama untuk Dark Horse Comic. Siri ini mengisahkan sekumpulan adiwira, iaitu The Umbrella Academy yang merangkumi individu yang lahir secara misteri dan mempunyai kuasa luar biasa. Setiap individu ini telah diambil sebagai anak angkat oleh Sir Reginald Hargreeves.

Siri TV ini baru sahaja hadir dengan musim ketiga di Netflix. Ia mengisahkan The Umbrella Academy bertemu dengan The Sparrow Academy yang jauh lebih maju dan hebat. Musim ketiga mempunyai 10 episod dan pada hemat aku sendiri, ia mempunyai penceritaan yang cukup menarik dan memberikan aku pengalaman menonton yang memuaskan.

Steve Blackman selaku penerbit siri TV ini menyatakan sejak awal mereka merancang untuk mengadaptasi komik ini kepada aksi nyata, hanya empat musim sudah di dalam kepala beliau. Untuk itu, musim keempat nanti juga beliau sudah tahu bagaimana permulaan, pertengahan dan penamatnya.

Tetapi buat masa ini, masih tiada pengesahan sama ada adakah siri TV ini akan diteruskan dengan musim keempat atau adakah mereka boleh sahaja teruskan dengan siri sampingan atau kembangkan ke musim kelima. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini