Buat pertama kalinya, Christian Bale berlakon dalam filem adiwira MCU selepas bertahun meninggalkan Batman. Watak beliau dalam filem Thor: Love And Thunder adalah Gorr iaitu pembunuh dewa yang akan memburu semua dewa dalam dunia Thor.

Jika anda yang membaca komik tertanya-tanya kenapa rekaan Gorr dalam treler filem nampak berlainan dengan rekaan komik, Taika Waititi ada menjawab persoalan ini. Peminat komik pasti kenal rekaan Gorr sebenar bagaimana. Tidak dinafikan ia kelihatan mirip dengan Lord Voldemort dalam filem Harry Potter.

Untuk mengelakkan kekeliruan ataupun membuatkan orang ramai mengaitkan Gorr dan Voldemort, rekaan watak untuk dilakonkan oleh Christian Bale ini diubah menjadi sedikit berbeza. Walaupun perubahan dilakukan, elemen asal masih dikekalkan untuk memberikan profil identiti seorang penjahat yang memburu dewa.

Beza lain juga adalah, watak Gorr menggunakan pedang sebagai senjata dan yang paling penting untuk Taika dan Marvel adalah penceritaan berbanding rekaan watak yang boleh sahaja diubah untuk sesuai dengan tema MCU.

Sohor Kini