Nintendo baru-baru ini telah dilaporkan memfailkan permohonan tanda dagang untuk nama ‘NSW’ di pasaran Eropah. Ia dikatakan kini telah menjadi sebuah nama yang cukup popular digunakan untuk bercakap mengenai konsol Nintendo Switch di rantau tersebut.

Perkara ini, yang ditemui melalui forum gaming ResetEra memperlihatkan syarikat pembangun permainan dari Jepun tersebut telah memfailkan permohonan tersebut, dan terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Nintendo telah mula membangunkan konsol permainan baru berdasarkan konsol mudah-alih paling popular mereka.

Tetapi sebab yang paling munasabah yang diberikan ialah Nintendo memfailkan tanda dagang ini untuk memastikan bahawa penjual-penjual aksesori parti ketiga dapat dikekang daripada menjual produk yang menggunakan nama Nintendo dan peranti-perantinya tanpa kebenaran.

Jika benar, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Nintendo juga adalah sebuah syarikat yang sangat menjaga IP mereka di seluruh dunia.

Sumber: Video Games Chronicle

Sohor Kini