Siri anime Sailor Moon keudara buat pertama kali pada bulan Mac 1992. Selepas tiga puluh tahun ke udara, anda kini boleh membeli but merah ikonik Sailor Moon yang dihasilkan oleh Jimmy Choo. Kasut edisi khas dihiasi dengan 19,000 kristal Swarovksi dan dijual pada harga €12,000 (~RM55,000) sepasang.

Setiap kasut juga mempunyai tumit setinggi 4″ dengan but ke paras lutut sama seperti watak Sailor Moon. Bagi yang berminat kasut perlu dipesan awal bagi memastikan ia serasi dipakai oleh bakal pembeli. Dengan kekuatan Jimmy Choo anda kini boleh melengkapkan cosplay Sailor Moon dengan kasut mahal yang akan menghukum dompetmu.

Sumber – Jimmy Choo

Sohor Kini