Microsoft sedia hadir dengan beberapa edisi konsol Xbox khas yang biasanya diberikan kepada peminat dalam bentuk cabutan bertuah. Terbaru, selari dengan tayangan filem Thor : Love & Thunder pada bulan Julai ini, mereka turut hadir dengan sebuah konsol edisi khas Xbox Series X.

Xbox Series X Edisi Thor ini hadir dengan rekaan seumpama tukul watak adiwira Thor dalam filem Marvel, iaitu Mjolnir.

Apa pun, agak mendukacitakan kerana cabutan yang disediakan oleh Microsoft ini dihadkan mengikut negara, dan seperti tidak menyokong Malaysia buat masa ini.

Bagi anda, sekiranya Microsoft menjual konsol edisi terhad ini, adakah anda akan membelinya?

Sohor Kini