Komposer terkemuka John Williams bertanggungjawab menghasilkan runut bunyi ikonik filem-filem penting seperti Jaws, Star Wars, E.T, Jurassic Park, Indiana Jones dan Superman. Kami yakin ramai di kalangan pembaca selepas mendengar beberapa nota pertama lagu tema Star Wars akan dapat menyanyikannya. Tetapi era filem dengan muzik yang dihasilkan oleh John Williams mungkin akan berakhir selepas Indiana Jones 5.

Dalam temubual bersama Associated Press, Williams berkata beliau memikirkan untuk bersara selepas selesainya Indiana Jones 5. Idea bersara mula difikirkan selepas membaca Harrison Ford turut akan menjadikan Indiana Jones 5 sebagai filem terakhir filem.

Pada usia 90 tahun, Williams telah menghasilkan runut bunyi untuk 165 filem dan siri TV sejak 1958. Jika benar Indiana Jones 5 akan menjadi filem terakhir menerima sentuhan John Williams, izinkan kami berterima kasih kepada beliau kerana mewarnai kehidupan sejak dari kecil lagi.

Sumber – AP

Sohor Kini