Vicarious Visions telah membangunkan permainan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 dan juga Crash Bandicoot N-Sane Trilogy untuk Activision-Blizzard yang rata-rata mendapat sambutan yang sangat baik daripada peminat permainan-permainan tersebut.

Vicarious kemudiannya diserapkan kedalam Activision-Blizzard dan rata-rata 200 pekerjanya dilihat telah diserapkan dan diarahkan untuk membangunkan IP sedia ada oleh Activision dan Blizzard, termasuklah permainan-permainan seperti Call of Duty, World of Warcraft dan sebagainya.

Pengambil-alihan Vicarious juga disifatkan sebagai agak aneh kerana ia bermakna bahawa studio tersebut bermakna bahawa mereka tidak lagi akan membangunkan permainan baru. Sebelum ini, Vicarious telah disahkan untuk membangunkan Tony Hawk’s Pro Skater 3 dan 4, yang kini dibatalkan kerana pengambil-alihan tersebut.

Vicarious sebelum ini membangunkan pelbagai tajuk permainan video yang sangat popular seperti Guitar Hero dan sejumlah tajuk Call of Duty juga.

Sumber: VGC

Sohor Kini