Free Fire merupakan salah satu permua tembak-menembak berbentuk Battle Royale yang popular. Terbaru, pembangunnya Garena memperkenalkan kemaskini kepada permainan tersebut yang turut hadir dengan rekaan logo baharu.

Rekaan logo baharu ini menggunakan muka taip moden, dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan ikon pisau pada logonya.

Untuk tujuan ini juga, sebuah muka taip baharu dibangunkan, dinamakan Garena Free Fire, atau GFF.

Beberapa elemen juga dijangka akan melalui perubahan pada permaian berkenaan tidak lama lagi.

Garena mengatakan perubahan ini hanya sebahagian sahaja, dan lebih banyak kemaskini akan datang dalam minggu-minggu akan datang.

Sohor Kini