Sewaktu acara Summer Game Fest yang berlangsung beberapa hari lalu, Bethesda telah membuat pengumuman baru tentang permainan terbaru mereka, Starfield yang mana pemain boleh melawat sejumlah besar planet di alam semesta dan hadir dengan penceritaan mendalam seperti siri permainan Fallout dan juga The Elder Scrolls.

Bercakap tentang Fallout, Todd Howard, pengarah permainan di Bethesda telah mengesahkan dalam sebuah temubual bersama-sama IGN telah mengesahkan bahawa studio permainan tersebut mempunyai pelan untuk membangunkan permainan Fallout 5, tetapi bukan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, ini adalah kerana syarikat tersebut sedang memfokuskan terhadap pembangunan The Elder Scrolls 6 dan Starfield terlebih dahulu, dengan pelancaran Starfield ditunda ke tahun hadapan, manakala masih tiada berita mengenai The Elder Scrolls 6 lagi.

Sohor Kini