Sebelum ini, Sanrio dan Netflix telah bekerjasama untuk membawa siri animasi Aggressive Retsuko, ataupun Aggretsuko ke platform penstriman tersebut yang menceritakan tentang kisah hidup seekor panda merah yang mempunyai pekerjaan sebagai seorang pekerja pejabat yang melepaskan geram terhadap bosnya melalui karaoke.

Terkini, Sanrio dan Netflix bekerjasama sekali lagi untuk membawakan sebuah lagi watak, iaitu Gudetama ke platform penstriman tersebut melalui siri animasi Gudetama: An Eggcellent Adventure. Gudetama merupakan sebiji telur yang teramat malas dan akan cuba sedaya-upaya untuk tidak perlu melakukan apa-apa dalam kehidupan sehariannya.

Siri Gudetama ini dilihat akan tampil dengan corak animasi yang lebih unik, menggabungkan animasi CGI 3D dan juga aksi nyata, berbeza dengan apa yang diperlihatkan daripada Aggretsuko, dan mungkin lebih memiripi siri televisyen Rilakkuma and Kaoru yang juga boleh ditonton di Netflix.

Gudetama: An Eggcellent Adventure akan tiba ke platform penstriman Netflix pada tahun ini, di tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sohor Kini