Treler acah terbaru untuk siri tokusatsu Kamen Rider Black Sun, yang merupakan penceritaan semula siri Kamen Rider popular era 1980-an Kamen Rider Black baru sahaja diperlihatkan, dan ia nampaknya akan tampil dengan penceritaan yang lebih gelap berbanding dengan siri televisyen sebelumnya.

Kamen Rider Black Sun akan hadir secara siri terhad, konsep sama yang digunakan oleh penceritaan semula Kamen Rider Amazon pada tahun 2016, dan akan memperlihatkan dua watak utama, Kotaro Minami dan Nobuhiko Akizuki yang juga merupakan watak protagonis dan antagonis siri ini, yang mana mereka akan bertukar menjadi Kamen Rider Black Sun dan Kamen Rider Shadow Moon.

Toei, syarikat disebalik siri tokusatsu ini juga mengesahkan bahawa siri Kamen Rider Black Sun ini akan disiarkan di Amazon Prime Video pada musim luruh tahun ini.

Sohor Kini