Samsung sedia menawarkan beberapa edisi terhad siri telefon pintar mereka, dan terkini di Korea Selatan, mereka memperkenalkan Galaxy S22 edisi Diablo Immortal.

Dinamakan Galaxy S22 Diablo Immortal Package, ia hadir dengan telefon pintar Galaxy S22 Ultra, dan bungkusan serta kotak bertemakan siri permaian Diablo, disamping peta permainan, kerangka luar peranti, pad pengecasan nirwayar, dan juga sebuah pad tetikus.

Apa pun, agak mendukacitakan kerana hanya 100 unit sahaja ditawarkan da hanya disediakan di Korea Selatan sahaja.

Sohor Kini