Locke and Key adalah siri TV mengenai kunci misteri yang diwasiatkan. Kunci ini mempunyai kuasa ajaib yang membolehkan individu memegangnya menyahkunci sesuatu yang membolehkan banyak perkara ajaib dilakukan.

Terbaru adalah musim ketiga, yang mana anda boleh lihat treler di bawah;

Musim ketiga nampaknya adalah yang terakhir untuk siri ini. Ia bersambung secara terus daripada musim kedua. Di akhir episod, Frederick Gideon lakonan Kevin Durand bebas daripada perigi yang mengurungi beliau dan akan menjadi ketua penjahat baharu. Ancaman juga dilihat semakin berbahaya dan akan ada banyak aksi menarik sambil lebih banyak misteri terungkai.

Siri ini akan disiarkan di Netflix pada 10 Ogos akan datang.

Sohor Kini