The Sandman Akan Tiba Ke Netflix Pada 5 Ogos Ini

Bersempena minggu Geeked Week oleh Netflix, syarikat penstriman siri televisyen dan filem tersebut telah memperlihatkan video treler terbaru untuk siri televisyen The Sandman yang diolahkan daripada novel popular nukilan Neil Gaiman.

Video treler terbaru ini memperlihatkan sejumlah watak-watak dalam siri ini, termasuklah watak utama Dream of The Endless yang dimainkan oleh Tom Sturridge, Johanna Constantine oleh Jenna Coleman, watak antagonis Corinthian oleh Boyd Holbrook dan Matthew The Raven oleh Patton Oswalt.

Ia juga memperlihatkan dunia mimpi The Dreaming yang merupakan sebuah realiti alternative yang dibina oleh semua manusia-manusia yang bermimpi. Akan tetapi, oleh kerana Dream dikurung selama 75 tahun, dunia tersebut dilihat kucar-kacir dan Dream harus mencuba untuk memulihkannya.

The Sandman akan distrim di Netflix bermula 5 Ogos ini dan akan dibintangi pelakon-pelakon lain juga seperti Gwendoline Christie, Charles Dance, Asim Chaudhry, Sanjeev Bhaskar, Mason Alexander Park dan Donna Preston.

Sohor Kini