All of Us Are Dead adalah siri TV Korea Selatan (K-Drama) mengenai serangan zombi di sebuah sekolah. K-Drama ini cukup popular dan meraih sambutan yang baik. Ia mempunyai jalan cerita yang boleh diterima, perkembangan watak yang baik serta mempunyai kualiti produksi yang memuaskan.
Musim pertama siri ini mempunyai 12 episod meraih 361.02 juta jam tontonan dalam masa 10 hari sahaja. K-drama ini menceritakan kisah di sekolah, ibu bapa yang terdesak menyelamatkan anak, kerajaan yang cuba menyorokkan salah sendiri dan banyak lagi.
Terkini Netflix telah mengumumkan yang K-Drama ini akan diteruskan dengan musim kedua. Ia akan diarahkan oleh Lee JQ dan Kim Nam-su, ditulis oleh Chun Sung-il dan dihasilkan oleh SLL dan KIMJONGHAK Production.
Tiada sebarang informasi lagi untuk tarikh siaran, sinopsis dan senarai pelakon penuh. Tetapi beberapa pelakon utama akan kembali, kerana mereka telah pun mengumumkannya secara rasmi melalui video di bawah;