Disney hari ini mengumumkan acara tahunan Disney Plus Day mereka bakal diadakan pada 8 September 2022 (9 September waktu Malaysia). Ia agak awal berbanding tahun lepas dimana Disney Plus Day 2021 diadakan pada bulan November.

Jikalau mengikut trend tahun lepas, kita akan melihat sejumlah siri-TV Marvel bakal diumumkan, disamping filem-filem baharu, selain dokumentari dan sebagainya yang akan hadir ke platform penstriman Disney+ Hotstar.

Acara tahunan ini juga akan memberikan gambaran kasar dan apa kita boleh nantikan daripada perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar pada 2023 kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan acara tahunan Disney Plus Day ini pada bulan September kelak.

Sohor Kini