Di acara Star Wars Celebration Anaheim 2022, Disney turut sempat menjemput Harrison Ford untuk mengumumkan kemaskini mengenai filem Indiana Jones 5.

Menurut Harrison Ford filem ini sudah pun hampir selesai. Sayang sekali tiada plot yang dikongsi dan jalan cerita filem kelima Indiana Jones ini masih dirahsiakan. Apa yang didedahkan hanyalah gambar Harrison Ford yang gelap sebagai Indy. Filem ini walau bagaimanapun akan menyertakan pelakon seperti Antonia Banderas, Phoebe Waller-Bridge, Mads Mikkelsen, Boyd Holbrook, Shaunette Renée Wilson, Thomas Kretschmann dan Toby Jones.

James Mangold selaku pengarah filem Logan adalah pengarah bagi filem ini, menggantikan Steven Spielberg. Sementara John Williams komposer runut bunyi Star Wars yang menamatkan karya Star Wars beliau dengan Rise of Skywalker akan hadir dengan runut bunti untuk filem Indiana Jones 5 ini.

Filem ini akan ditayangkan pada 30 Jun 2023, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.

Sohor Kini