Blizzard sedia mengumumkan mereka akan melancarkan permainan Diablo terbaru mereka pada 2 Jun 2022, iaitu Diablo Immortal. Walaupun dilancarkan pada awal Jun, namun para pemain di Malaysia perlu nantikan sehingga 22 Jun sebelum dapat memainkannya.
Diablo Immortal akan mengambil jalan cerita antara permainan Diablo II da DIablo III. Ia bakal ditawarkan untuk multi-platform, termasuk di Windows, Android dan juga iPhone.
Blizzard mengatakan rantau Asia Tenggara akan disediakan dengan pelayan khusus yang memberikan pengalaman serta kadar ping yang baik.
Selain Malaysia, pelbagai negara lain di rantau Asia Pasifik akan boleh memainkannya bermula 22 Jun, termasuk Indonesia, Filipina, Singapura, dan Thailand. Untuk pemain di Vietnam pula, hanya versi PC sahaja akan ditawarkan.