Money Heist: Korea – Joint Economic Area adalah K-Drama terbaru yang akan disiarkan di Netflix tidak lama lagi. Ia adalah siri TV yang diadaptasi daripada versi Money Heist Sepanyol yang amat popular. Versi K-Drama ini akan menceritakan semula kisah Money Heist dengan elemen-elemen daripada Korea.

Berikut adalah treler terbaru;

Dalam treler ini ia menyatakan yang Korea Utara dan Korea Selatan dalam proses menyatukan mata wang mereka. Katanya ia adalah untuk strategi ekonomi yang lebih stabil dan dalam video, mereka kata yang kaya menjadi semakin kaya. Untuk itu, Professor ingin mengubah dunia dengan satu rompakan sahaja.

Kita boleh lihat yang Professor rekrut perompak, ada aksi tembak-menembak dan penglibatan politik yang jelas sekali ada korupsi. Persoalannya, adakah ia akan selesai dengan satu musim atau akan berlanjutan dengan musim lain?

K-Drama ini akan disiarkan di Netflix pada 24 Jun, iaitu dua hari selepas Umbrelaa Academy mula disiarkan.

Sohor Kini