Apex Legends Mobile telah sedia boleh dimainkan oleh pengguna tempatan dalam bentuk ujian beta. Selepas berbulan melalui fasa berkenaan, kini pembangun permainan berkenaan secara rasminya mengumumkan pelancaran permua berkenaan pada 17 Mei 2022 kelak.

Apex Legends Mobile menawarkan bentuk permainan Battle Royale, dan ditawarkan oleh Electronics Arts. Permainan ini adalah salah satu variasi Apex Legends yang sedia ditawarkan  untuk konsol dan PC – tetapi dengan pilihan watak dan beberapa ciri terhad.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak permainan ini di Android dan iOS – dan mula bermainnya secara rasmi bermula 17 Mei 2022 kelak.

Sohor Kini