Blizzard hari ini secara rasminya memperlihatkan permua mereka yang akan datang dibawah dunia WarCraft, iaitu WarCraft Arclight Rumble.

Permua ini bakal ditawarkan untuk platform Android dan juga iOS. Melaluinya, pemain boleh menghimpunkan watak-watak adiwira mereka, dan seterusnya menggunakan ia dalam bersaing bersama pihak lawan. Seperti biasa, setiap watak mempunyai kelebihan dan cara berlawan tersendiri.

Bentuk permainannya pula adalah lebih kurang seperti Clash Royale, memerlukan pemain sampai ke kawasan pihak lawan dan menghancurkan kawasan mereka.

Blizzard turut menyatakan permainan ini akan hadir dengan pilihan bermain secara perseorangan dengan menyelesaikan sejumlah misi.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, sudah boleh melakukan pra-daftar hari ini, dan menerima notifikasi apabila ia tersedia kelak. Blizzard dijangka turut memulakan versi beta di beberapa lokasi tidak lama lagi.

Sohor Kini