Blizzard Akan Perlihatkan Permua WarCraft Pada 3 Mei 2022

Blizzard kini menjadualkan tarikh 3 Mei 2022 untuk memperkenalkan permainan yang dinantikan ramai, iaitu WarCraft untuk telefon pintar.

Blizzard sedia mengatakan akan memperkenalkan permainan WarCraft versi mudah-alih, dan akhirnya pada hari Isnin hadapan kita akan dapat melihat bagaimanakah permainan berkenaan akan kelihatan, dan bentuk permainan tersebut.

Selain WarCraft, pihak Blizzard juga turut menjadualkan pengenalan permainan Diablo pada peranti mudah-alih pada Jun kelak.

Sohor Kini