Selepas menempah kejayaan besar dengan Honkai iImpact 3rd dan juga Genshin Impact, Mihoyo, ataupun dikenali sebagai Hoyoverse sekarang telah mengumumkan bahawa pendaftaran untuk ujian beta tertutup kedua untuk permainan terbaru mereka, Honkai Star Rail kini dibuka.
Honkai Star Rail ialah permainan RPG taktikal yang agak berbeza dengan genre RPG beraksi yang diperlihatkan pada Honkai Impact 3rd dan juga Genshin Impact. Penceritaan permainan ini dilihat berkait dengan jalan cerita Honkai Impact, tetapi berkisarkan watak-watak mereka sendiri.
Pendaftaran untuk ujian beta kedua ini dibuka bermula hari ini (28 April sehingga 15 Mei 2022) dan hadir dengan slot akaun terhad. Mereka yang dipilih untuk menguji permainan ini akan diberitahu melalui emel.
Dalam pada itu, ujian beta ini boleh dimainkan pada tiga platform peranti berbeza, termasuklah Android, Apple iOS dan iPadOS dan juga PC. Spesifikasi peranti yang disyorkan adalah seperti berikut:
Jika anda berminat untuk mendaftar untuk ujian beta ini, anda boleh ke laman web ini untuk melakukannya. Hoyoverse turut mengeluarkan sebuah video treler baru khusus untuk acara ujian beta tertutup kedua ini.