Gearbox Entertainment telah mengumumkan yang mereka mengambil alih secara penuh Lost Boys Interactive iaitu studio permainan video yang bekerjasama dengan mereka untuk membangunkan Tiny Tina’s Wonderlands yang dilancarkan pada bulan Mac lepas.

Selain itu, Lost Boys juga pernah menjadi studio sokongan untuk membangunkan permainan di dalam siri Call of Duty dan juga PUBG.

Walaupun dengan pengambil-alihan ini, mereka akan terus beroperasi secara kendiri dengan Shaun Nivens iaitu CEO untuk Lost Boy akan lapor terus kepada Presiden Gearbox Software Steve Jones. Mereka akan membangunkan permainan sendiri dan juga menjadi studio sokongan untuk Gearbox.

Sohor Kini