Netflix sebelum ini telah mengumumkan buat pertama kali sejak 10 tahun lepas, mereka kehilangan pelanggan. Pada suku pertama untuk tahun ini, mereka telah kehilangan sebanyak 200 ribu, dan menjangkakan pada suku depan akan kehilangan 2 juta lagi.
JustWatch telah mengeluarkan laporan yang memperlihatkan kesan kehilangan pelanggan ini, menurut data mereka yang memfokuskan kepada pengguna di Amerika Syarikat, Netflix walaupun masih lagi mendahului untuk bahagian pasaran telah kehilangan sebanyak 2% iaitu 23% hanya 4% lebih tinggi berbanding Prime Video.
Peningkatan tertinggi adalah HBO Max yang meningkat sebanyak 2% dan menjadi perkhidmatan penstriman ketiga tertinggi. Prime Video, Apple TV+ dan Paramount+ juga memperlihatkan peningkatan bahagian pasaran menandakan yang persaingan semakin sengit di antara perkhidmatan penstriman ini.
Netflix, selain mengatakan perkongsian akaun, mereka juga mengatakan yang dengan penambahan persaingan di pasaran menjadikan sukar untuk mereka terus menambah pelanggan.