Netflix telah menawarkan pelbagai kandungan bersempena Ramadan dan juga Raya, dan minggu ini mereka telah mengumumkan tiga filem baharu yang akan tiba di dalam perkhidmatan penstriman tersebut.

Tiga filem yang diumumkan adalah Kongsi Raya yang akan tiba pada 27 April, ia adalah filem lakonan Wilson Lee, Qasrina Karim, Harith Iskander dan Erra Fazira. Memfokuskan kepada Jack dan Sharifah yang bercinta tetapi tidak dipersetujui oleh bapa mereka yang membawa kepada perlawanan memasak.

Seterusnya adalah Prebet Sapu (Hail, Driver) yang akan disiarkan pada 1 Mei. Ia adalah filem mengenai pemandu teksi haram yang berjumpa dengan seorang wanita misteri. Ia dibintangi oleh Amerul Affendi, dan Lim Mei Fen.

Showtime 1958 pula adalah filem berdasarkan kisah benar mengenai pelakon legenda P. Ramlee menganjurkan acara aneka ragam untuk mengutip sumbangan bagi rakan-rakan yang kehilangan kerja sebelum Hari Raya. Ia akan disiarkan pada 3 Mei.

Selain tiga filem ini, Netflix juga menyediakan pelbagai kandungan tempatan lain bersempena dengan Raya termasuk juga Senario dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu anda boleh layari pautan ini, untuk melihat kandungan-kandungan yang disediakan.

Sohor Kini