Apakah makna peminat tegar? Kini, salah seorang peminat tegar filem Marvel dari Amerika Syarikat mencatatkan rekod tersendiri apabila menonton filem Spider-Man : No Way Home sebanyak 292 kali antara Disember 2021 hingga Mac 2022 lepas.

Sebelum ini, Ramiro ini juga turut mencatatkan rekod dunia pada 2019 lepas dengan menonton filem Avengers : Endgame sebayak 191 kali, tetapi rekod berkenaan ditewaskan pada 2021 apabila Arnaud Klein menonton filem Kaameltt : First Instalment sebanyak 204 kali.

Kini, Ramiro merampas kembali rekod berkenaan dengan menonton filem Spider-Man : No Way Home sebanyak 292 kali.

Untuk mencatatkan rekod ini juga, ia turut mempunyai cabaran tersendiri, dimana perlu ditonton di pawagam, dan tidak boleh pergi ke tandas ketika tayangan. Disamping itu, filem juga perlu ditonton sehingga habis kredit.

Dalam mencatatkan rekod ini, Ramiro menonton filem Spider-Man terbaru ini secara berterusan sehingga ia berhenti ditayangkan di pawagam. Secara keseluruhan, Ramiro dijangka membelanjakan hampir RM14.4k dalam mencatatkan rekod ini.

Sohor Kini