Work-life balance iaitu keseimbangan di antara kehidupan harian dan waktu bekerja adalah penting. Ada orang tidak kisah di antara dua masa ini dan ada orang ia adalah amat penting. Dalam siri TV Apple TV+ Severance, satu teknologi telah ditemui di mana pekerja di Lumon Industries boleh mengasingkan memori kehidupan dan bekerja. Apabila di luar waktu pejabat, segala memori kerja tidak akan diingati dan sebaliknya apabila berada di dalam pejabat.

Ia nampak seakan gila. Siri ini mempunyai konsep yang menarik dan penceritaan yang memuaskan. Ia dicipta dan ditulis oleh Dan Erickson dan diarahkan oleh Ben Stiller yang turut menjadi penerbit eksekutif.

Esok, 8 April episod akhir Severance The We We Are akan disiarkan di Apple TV+. Bersempena menantikan apa yang berlaku dalam siri ini, Apple TV+ telah mengumumkan yang siri ini akan diteruskan untuk musim kedua.

Dalam siri ini Mark Scout lakonan Adam Scott mengetuai satu kumpulan pekerja Lumon Industries yang semuanya melakukan prosedur Severance yang memerlukan otak mereka dibedah dan mengimpan sesuatu untuk pengasingan memori. Tetapi lama kelamaan, mereka menjadi tidak selesa dengan perkara ini dan mula merungkai banyak misteri dan rahsia.

Siri ini dikatakan menerima sambutan yang amat baik oleh penonton dan Ben Stiller turut menyatakan, skrip daripada Dan adalah cerita untuk beberapa musim dan tidak boleh berhenti dengan satu musim sahaja. Jadi untuk sambungan siri TV ini kita akan bertemu sekali lagi dengan Patricia Arquette, Adam Scott, John Turturro, Britt Lower, Zach Cherry, Dichen Lachman, Jen Tullock, Tramell Tillman, Michael Chernus dan Christopher Walken – iaitu pelakon dalam siri ini.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini