Remedy Entertainment telah mengumumkan yang mereka bekerjasama dengan Rockstar Games untuk membangunkan versi olahan semula bagi permainan Max Payne dan Max Payne 2: The Fall of Max Payne, yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2001 dan 2003 juga oleh mereka.

Versi olahan semula ini akan dibangunkan sebagai permainan mercu yang sudah menjadi kebiasaan untuk Remedy Entertainment dan ia disasarkan untuk platform PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Projek ini masih di peringkat awal dan tiada jangkaan tarikh pelancaran.

Max Payne adalah siri permainan klasik yang mempunyai ramai pengikut terutama dengan bentuk permainan “bullet-time” yang kemudiannya menjadi ikutan lebih banyak permainan lain.

Max Payne mempunyai permainan ketiga iaitu Max Payne 3 yang dikeluarkan pada tahun 2012 akan tetapi ia dibangunkan sendiri oleh Rockstar.

Sohor Kini