The Hollywood Reporter telah melaporkan yang Netflix mungkin akan membatalkan produksi untuk filem Fast and Loose yang akan dilakonkan oleh Will Smith selepas kejadian dia menampak Chris Rock ketika acara anugerah Oscars.

Filem tersebut memfokuskan kepada kisah seorang ketua penjahat yang kehilangan ingatan dan cuba mengingatkan semula siapakah dirinya yang sebenar.

Sebelum Oscars lagi filem tersebut telah mempunyai masalah apabila David Leitch yang sepatutnya menjadi pengarah, menarik diri untuk mengarah Fall Guy lakonan Ryan Gosling bersama dengan Universal.

Dengan perkembangan terbaru ini, Netflix dikatakan sedang menangguhkan produksi untuk filem tersebut dan tidak disahkan jika mereka akan membatalkannya, ataupun meneruskannya dengan pelakon baharu.

Selain itu, satu lagi filem Will Smith iaitu Bad Boys 4 yang sedang di dalam produksi di mana Will Smith dikatakan telah menerima skrip sebelum Oscars juga sedang ditangguhkan.

Sohor Kini