Siri Baharu Istana Takeshi Akan Kembali Menerusi Prime Video

Istana Takeshi ialah siri kultus yang amat popular di Malaysia di dekad 90an. Ia masih lagi mempunyai ramai peminat walaupun episod terakhir dirakam pada tahun 1990 selepas empat musim. Bagi peminat Istana Takeshi yang kini sudah agak berusia, berita baik hari ini ialah rancangan permainan dari Jepun ini akan kembali ke udara menerusi Prime Video.

Siri baharu dengan nama Fukkatsu! Fuun! Takeshi-jo (Kembali ke Istana Takeshi) akan kembali menerusi Amazon Prime Video dengan penglibatan hos asal Beat Takeshi. Format permainan yang melibatkan 100 peserta setiap minggu yang perlu menjalani beberapa ujian mencabar ini kemudiannya dihidupkan semula dalam permainan video Battle Royale seperti Fall Guys.

Fukkatsu! Fuun! Takeshi-jo akan ke udara pada tahun 2023 dengan ia boleh ditonton oleh peminat global menerusi Prime Video.

Sumber – Deadline

Sohor Kini