Sejak Spider-Man: No Way Home ditayangkan, semakin banyak filem dan siri TV dengan konsep lebih kurang sama diperkenalkan oleh lebih banyak studio. Antaranya adalah Everything Everywhere All At Once daripada A24, filem yang boleh dikatakan mengenai pelbagai variasi Michelle Yeoh dalam multimesta, akan datang Dr. Strange 2 dan terkini daripada Apple macam sama tapi bukan Shining Girls.

Siri TV ini diadaptasi daripada novel The Shining Girls, karya Lauren Beukes. Ia bukannya multimesta tetapi memfokuskan kepada wanita yang sama hidup dari pelbagai era (mungkin?). Dalam siri ini ia memfokuskan kepada Kirby Mazrachi lakonan Elisabeth Moss, iaitu mangsa serangan penguntit (stalker) yang membunuh yang berjaya selamatkan diri.

Penguntit yang membunuh ini adalah Harper Curtis lakonan Jamie Bell telah membunuh ramai wanita dan Kirby sedar akan kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ini berkait rapat dengan kes beliau. Kirby yang sudah bingung dan berang terus bekerjasama dengan wartawan bermasalah Dan Velazquez lakonan Wagner Moura untuk membantu siasatan ini. Namun, atas sebab misteri dan Harper yang berpengalaman mereka kerap berada selangkah di belakang.

Siri ini akan disiarkan pada 29 April akan datang secara eksklusif di Apple TV+.

Sohor Kini