Morbius akhirnya akan ditayangkan di pawagam Malaysia tidak lama lagi. Filem ini akan ditayangkan pada 31 Mac akan datang. Filem ini adalah filem Marvel di bawah Sony Pictures, kerana watak Morbius berkait rapat dengan Spider-Man dan filem ini besar kemungkinan akan berlaku dalam Sony’s Spider-Man Universe.

Morbius atau Michael Morbius dilakonkan oleh Jared Leto, iaitu seorang doktor yang ada penyakit darah nadir cuba mencari jalan untuk sembuhkan diri serta membantu pesakit lain yang senasib. Beliau kemudian menggunakan mesin Rekombinator Neogenik untuk cubaan sembuhkan diri, namun atas satu kejadian tidak diingini kejahatan mula merasuki beliau.

Dalam video di atas, Jared Leto menjelaskan yang watak Morbius ini penuh dengan misteri dan dari video kita lihat beliau adalah watak yang jahat. Jared turut menjelaskan dengan multimesta telah bermula, filem ini ada banyak potensi termasuk untuk antara penjahat bertembung. Treler-treler filem ini semuanya tidak begitu jelas, selain kelihatan The Vulture lakonan Michael Keaton.

Dalam treler juga ada kelihatan Spider-Man versi Tobey pada dinding jalanan. Adakah mereka akan bertembung? Dalam komik, Rekombinator Neogenik yang mengubah Morbius turut melibatkan Curt Connors.

Persoalannya, filem ini berlaku dalam dunia Spider-Man yang mana? Tom, Andrew atau Tobey? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini