Antara masalah Apple TV adalah platform penstriman ini ditawarkan kepada peranti yang terhad. Semua pengguna Apple mudah menikmatinya, tetapi tidak semua pengguna Android boleh – kecuali jika mereka ada Android TV. Di Android TV, Apple ada aplikasi khusus untuk pengguna menikmati pelbagai filem dan siri yang boleh disewa atau dibeli serta turut boleh menstrim kandungan Apple TV+.

Tetapi baru-baru ini, Apple dilihat telah menghalang pengguna Android TV daripada melakukan sebarang belian atau sewaan Apple TV pada platform ini. Butang sewa dan beli terus hilang dan digantikan dengan butang cara untuk menonton, yang mana apabila ditekan ia mengarahkan pengguna untuk melakukannya melalui aplikasi Apple TV di iPhone atau iPad.

Walaupun Apple tidak memberikan sebab kenapa mereka membuang ciri ini. Besar kemungkinan adalah kerana Apple ingin mengelak daripada membayar caj 30% yang dikenakan Google untuk setiap pembayaran.

Apa kata anda mengenai perkara ini?

[sumber] Sumber: Amanz [/sumber]

Sohor Kini