Sonic The Hedgehog adalah antara filem berasaskan permainan video yang baik. Tidak banyak di luar sana yang ada filem sebegini. Atas kejayaan filem ini, filem kedua Sonic The Hedgehog 2 akan ditayangkan tidak lama lagi.

Sekuel filem ini akan memperlihatkan Robotnik kembali dan membawa bersama Knuckles (lakonan Idris Elba) untuk membantu tumpaskan Sonic. Sonic juga membawa rakan beliau Tails untuk bersama membantu tumpaskan Robotnik.

Treler terakhir filem ini baru sahaja dikongsi. Ia memperlihatkan Robotnik yang kini mempunyai kuasa. Kuasa beliau dilihat diperoleh melalui batu zamrud yang terkenal dalam permainan yang dikenali sebagai Chaos Emerald.

Kali ini ia juga dilihat mempunyai lebih aksi menarik dan lebih lagi komedi. Sudah tentu Tom (lakonan James Marsden) turut akan membantu Sonic (lakonan Ben Schwartz). Tayangan filem ini akan berlaku pada 21 April akan datang, tetapi anda boleh saksikan tayangan awal pada 18 dan 19 April nanti.

Sohor Kini