Fast 9 adalah filem kesembilan dalam francais Fast & Furious yang kini digelar sebagai The Fast Saga. Filem ini telah mengembalikan beberapa watak kegemaran dan mula mengembara ke angkasa dengan aksi yang lebih gila di luar keupayaan fizik sebenar.

Filem ini akan disiarkan di HBO Go bermula 18 Mac akan datang, bagi sesiapa yang ingin tonton kesinambungan kisah ‘keluarga lumba kereta’.

Filem lain yang akan disiarkan di platform penstriman video HBO Go ini adalah Snake Eyes: G.I. Joe Origins. Ia adalah filem prekuel kisah G.I. Joe yang memfokuskan bagaimana watak yang dilakonkan oleh Henry Golding menjadi Snake Eyes yang dilatih oleh Yakuza. Filem ini akan disiarkan pada 26 Mac akan datang.

Sohor Kini