Tahun ini sepatutnya adalah tahun DC, kerana kita akan disajikan dengan pelbagai filem dan siri TV dunia DC baharu daripada pelbagai pencipta baik untuk wayang atau juga HBO Max/HBO Go. Filem The Batman arahan Matt Reeves lakonan Robert Pattinson telah pun ditayangkan dan menerima sambutan yang cukup baik.

Filem lain yang ramai nantikan adalah The Flash, Aquaman 2 dan Shazam 2. Walaupun filem ini berada dalam dunia lain, Hiram Garcia selaku penerbit tetap ingin pengguna anggap ia semua berada dalam satu multimesta yang sama. Terkini, tarikh tayangan bagi filem-filem ini telah ditunda ke tarikh baharu – lebih lewat daripada perancangan asal.

Tidak pasti kenapa filem ini ditunda, lagi-lagi filem The Flash yang sudah berkali-kali tunda. Shazam 2 yang sepatutnya ditayangkan pada November 2022 mengambil tempat Aquaman 2 iaitu pada 16 Disember 2022. Filem Aquaman 2 pula tunda ke 17 Mac 2023 dan The Flash pada 23 Jun 2023.

Filem Warner Bros. lain seperti Wonka, iaitu prekuel kisah Willy Wonka lakonan Timothy Chamalet ditunda ke 15 Disember 2023 dan akhir sekali Meg 2 lakonan Jason Statham akan ditayangkan pada 4 Ogos 2023.

Sohor Kini