Skip to main content

Blizzard baru-baru ini telah mengeluarkan satu ciapan baru yang memetakan sejumlah pengumuman besar yang akan diperlihatkan sepanjang tahun ini.

Ia dilihat berkaitan sejumlah permainan-permainan mereka, termasuklah Hearthstone, World of Warcraft dan juga permainan Warcraft untuk peranti mudah-alih.

Kandungan terbaru Hearthstone akan diperkenalkan pada Mac 15 ini, manakala untuk kandungan tambahan yang ditunggu-tunggu, World of Warcraft akan diperlihatkan pada 19 April ini. Ini agak mengejutkan kerana secara lazimnya World of Warcraft akan hadir dengan kandungan X.3 sebelum kandungan tambahan besar diperlihatkan. Samada mereka akan menukar pemetaan kandungan mereka dengan kandungan tambahan ini masih tidak diketahui lagi.

Dalam pada itu, permua Warcraft untuk peranti mudah alih juga akan diperkenalkan selepas itu pada bulan Mei kelak, tetapi tidak seperti Hearthstone dan World of Warcraft yang mempunyai tarikh khusus, ia tidak diketahui lagi bilakah mereka akan membuat pengumuman tersebut.

Sayangnya buat masa ini juga, ia tidak diketahui bilakah Blizzard akan membuat pengumuman lanjut mengenai Diablo IV dan juga Diablo Immortal.

Leave a Reply