Sejumlah penerbit permainan popular termasuklah Activision-Blizzard, CD Projekt Red, Epic Games, EA dan Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka telah menghentikan jualan secara digital ke negara Rusia sebagai langkah untuk memaksa Rusia menghentikan serangan keatas Ukraine.

Syarikat-syarikat seperti Activision-Blizzard dan Epic Games dilihat bukan sahaja menghentikan jualan permainan di negara tersebut, tetapi juga menyekat mikrotransaksi pada permainan-permainan seperti Call of Duty, Overwatch dan Fortnite.

Penghentian jualan permainan komputer kepada pasaran Rusia bukanlah suatu keputusan yang dibuat secara sambil-lewa. Ia turut dilaporkan oleh Statista bahawa negara tersebut merupakan pasaran kelapan terbesar di dunia pada tahun 2021 dengan jumlah jualan permainan komputer bernilai $2.8 biliion.

Sumber: Engadget

Sohor Kini